Friday, April 18, 2008

Maulidurrasul Tiada Kaitan Dengan Kita?

Beberapa orang sahabat mengesyorkan agar saya menonton video khutbah Tuan Guru Nik Aziz yang menyentuh tentang Maulidurrasul, dan sanggahan kepada khutbah tersebut oleh Syeikh Nuruddin al-Banjari. Hendak memakukan mata dan memasang telinga untuk menonton video-video itu ketika tidak sihat begini agak sukar. Dikhuatiri ada isi-isi penting yang saya terlepas pandang. Alhamdulillah syukur, sempat juga saya menontonnya semalam sekali lalu.



Setelah meneliti isi kandungan kedua-dua khutbah, secara peribadi saya memandang hujah-hujah Syeikh Nuruddin secara keseluruhannya adalah lebih kuat.

POKOK PERSELISIHAN

Tuan Guru berpendapat sambutan Maulidurrasul tidak ada apa-apa hubungan dengan kita. Antara hujahnya, Nabi Muhammad hanya ada hubungan dengan manusia lain hanya setelah berusia 40 tahun, iaitu selepas turunnya wahyu.

Bagi Tuan Syeikh pula, hubungan Rasulullah dengan manusia lain dan agama Islam bermula lebih awal daripada itu, malah sejak kelahirannya.

Berdasarkan formula di atas, jika Tuan Guru mengajar sirah, maka pelajaran sirahnya akan bermula pada hari Nabi menerima wahyu. Itulah yang sepatutnya berlaku jika dia berpegang dengan kata-katanya.

Jika Tuan Syeikh mengajar sirah pula, beliau akan memulakan pelajarannya sejak Nabi belum menerima wahyu lagi.

Jadi, kepada sesiapa yang pernah menghadiri kuliah sirah Tuan Guru, anda boleh menilai sendirilah.

KATA SAYA YANG DHAIF

Sirah bermula sebelum Nabi menerima wahyu. Sekiranya baginda tidak menunjukkan nilai-nilai murninya selama berpuluh tahun sehingga digelar ‘al-Amin’, kemungkinan besar semasa permulaan dakwahnya tiada siapapun yang mahu memeluk agama Islam.

Bayangkan, seorang biasa yang tidak punya kelebihan apa-apa tiba-tiba mengaku jadi wakil Tuhan di bumi, siapa hendak percaya? Memang boleh dapat penyokong tetapi masanya sangat panjang dan pengikutnya tidak seramai mana.

Tetapi, selama 39 tahun baginda membina hubungan dengan masyarakat sekeliling hingga menjadi orang yang terpercaya, dengan pantas hati-hati manusia tertawan. Bagaimana orang-orang yang waras hendak menolak kerana dia ‘Al-Amin’! Dalam keadaan baginda ‘Al-Amin’ pun majoriti Quraisy menentangnya, apatah lagi jika dia bukan ‘Al-Amin’!

Kalau selepas menerima wahyu baru dia hendak membina gelaran ‘Al-Amin’…….

UJIAN BUAT PEJUANG

Bayangkan anda di tempat Syeikh Nuruddin. Anda menyedari ada yang tidak kena dengan isi khutbah Tuan Guru. Apa tindakan anda?

Jika anda mendiamkan diri sahaja, anda tidak ubah seperti kebanyakan kaum Salafi Wahabi. Oleh kerana yang berkata itu Dr. Asri, walau sebesar mana salahnya akan ditakwil supaya nampak tidak salah. Oleh kerana yang berkata itu Dr. Azwira, walau sebanyak mana penipuannya maka anda akan mengatakan, “Alah, isu kecil aje ni. Tak payah nak panjang-panjang. Banyak lagi kerja agama boleh kita buat.” Oleh kerana yang berkata itu Syeikh Albani, anda tidak mahu ulas kesalahannya lalu berkata, “Ini hal para ulama. Kita orang boasa tak payah ambil tahu.”

Oleh kerana yang berkata itu Tuan Guru Nik Aziz, maka Syeikh Nuruddin pun kenalah diamkan saja kelemahan ataupun kesalahan yang disebarkannya. Begitukah?

Jika anda menilai semula isi khutbah tersebut dan menyebarkan pembetulan tentangnya, ketika itu anda akan dicop sebagai tidak hormat Tuan Guru, sengaja hendak cari masalah, hendak tunjuk pandai, cuba menyebarkan ajaran dari seberang dan sebagainya, walaupun anda memperkatakan perkara yang hak.

Pusing-pusing, diam pada kesalahan pun anda dikutuk, bersuara atas kebenaran pun anda dikutuk. Anda pilih yang mana?

SAMBUT HARI WAHYU

Kata Tuan Guru, hendak sambut hari lahir Nabi boleh (bukanlah bidaah ke neraka maksudnya) tapi lebih baik sambut hari dapat wahyu kerana ketika itulah bermulanya hubungan Nabi Muhammad dengan kita semua. Cadangan ini sudah lama saya dengar dalam kaset-kaset ceramah Tuan Guru. Cadangan yang baik juga.

Cuma nanti jangan pula ada yang hendak menyambut hari kewafatan Rasulullah dengan alasan bergembira atas sempurnanya agama Islam sudahlah. : )

KOREK TELINGA

Pernah seorang ilmuan agama (Mufti Saudi ke sape ntah, lupa dah) memfatwakan tidak batal puasa jika mengorek telinga. Dato’ Nik Aziz menyokong fatwa ini. Antara alasannya adalah kerana lubang telinga tidak berhubungan dengan perut. Saya guna fatwa ini walaupun banyak teman-teman tidak bersetuju. : ) Lagipun sebenarnya, telinga saya ada masalah sikit. : )

PENDEK KATA

Saya tidak bersetuju jika dikatakan Maulidurrasul ‘tidak ada apa-apa kaitan dengan kita’

sumber




KHUTBAH YANG DISAMPAIKAN OLEH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ


ULASAN SYEIKH NURUDDIN AL-BANJARI (bahagian 1)


ULASAN SYEIKH NURUDDIN AL-BANJARI (bahagian 2)


PANDANGAN SYEIKH YUSUF QARDHAWI TENTANG MAULIDURRASUL

8 comments:

Sobat said...

Assalamu alaikum.

Di sini saya tidak ingin berhujah apa2, cuma sekadar ingin menjelaskan bahawa kita janganlah menyambut hari kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. bukan dengan berarak dan berhimpun beramai2 di stadium dan sebagainya. Kita juga jgn.lah memperingati baginda dengan majlis2 ulangtahun seperti yg sering dilakukan di Barat.

Adalah lebih baik kita memperingati baginda dengan berbanyak2 berdoa dan berzikir kepada Allah s.w.t. secara bersendirian atau berjemaah (pastinya lebih dituntut) dan juga berselawat beramai2 melalui majlis2 seperti Marhaban, Berzanji dan sebagainya.

Akhir kata, sebagai hamba Allah, adalah lebih wajarnya kita juga berbanyak2 mengaji dan cuba memahami maksud ayat2 suci Al-Quran. Sebagai contoh, untuk mengingati peristiwa Isra' dan Mikraj', amatlah patut diadakan lebih banyak aktiviti Tadarus, Tilawah, Tazkirah dan sebagainya.

Wallahu alam.

Air Setitik Community said...

Please visit us at http://airsetitik.tk

Regards-Air Setitik

reff fizan said...

menurut saya,maulidurrasul itu satu bidah.rasulullah sendiri tak pernah menyambutnya..sambutannya juga pelbagai..jika d malaysia berarak ngan baju boria,d mesir(menurut ustaz saya) mereka berselawat d dpan kurma mengharap roh rasullullah sampai ke dlm krma..pelik kan??so, ustaz sya mengatakan tidak boleh menyambut maulidurrasul..

bunga mawar said...

Sedih Melihat Segelintir Sikap Ilmuwan Agama
Hari ini hati saya 'panas sedikit'. Sebenarnya telah lama melihatkan keadaan ini berlaku. Semenjak ada golongan yang mengatakan ingin mentajdid agama, dan mengatakan diri mereka sahaja yang mengikut al Quran dan Sunnah. Sedih melihatkan sesama saudara Islam bertelagah darihal perkara khilaf antara ulamak. Yang seorang sibuk datangkan dalil mengatakan amalan itu bid'ah, dan kononnya disertakan dengan takhrij hadith seolah-olah pendapatnya sudah betul-betul benar.

Apatah lagi mempertikaikan aqidah sesama umat Islam. Saya selalu melihatkan beberapa nickname di dalam beberapa forum yang sering mengadakan perbalahan dan 'tidak reti bahasa' di dalam mencari keharmonian. Perkara khilaf ulamak sepatutnya kita sama-sama merghormati dan berlapang dada.

Jika tidak bersetuju dengan hujjah ulamak yang membolehkan amalan bacaan yasin 3 kali di dalam Nisfu Sya'ban terpulanglah dan tidak perlu membid'ahkan pendapat ulamak lain. Sekiranya tidak bersetuju dengan mereka yang menerima bid'ah hasanah terpulanglah, maka kerana itu tidak perlu berlagak juga dengan kalam ulamak lain untuk menghukum sesama Islam dengan gelaran sesat, duduk dalam neraka.

Seolah-olah hujjah sudah menjadi qot'ie (secara pasti) bahawa hujjah yang dibawakan orang lain (disertakan dengan dalil dan hujjah) adalah tertolak. Hebat bila ada yang mengatakan ulamak tersilap, tersalah. Dengan kalam siapa katakan ia tersilap dan salah? Adakah dengan ilmu kita yang tidak sampai pun sejengkal kaki ulamak yang direndah-rendahkan tersebut.

Sedangkan bila dikaji semula antara para muhaddith pun mereka ada berkhilaf tentang kekuatan darjat sesuatu hadith sebagaimana juga ahli ilmuwan hadith seperti Albani yang ada kalanya dahulu dia mendhoiefkan hadith yang sahih dan mensahihkan hadith yang dhoief (ini juga telah ditegur sendiri oleh Dr Yusof al Qardhawi di dalam Feqh Muassarohnya).



Menghukum Saudara Islam Masuk Neraka Dengan Khilaf Ulamak
Yang hanya pandai menghukum amalan orang lain sesat, masuk neraka. Adakah sudah pasti kita berada di mana? Adakah amalan kita sendiri tidak sesat apabila menyesatkan sesama umat Islam yang jelas sudah mengadakan dalil dan hujjah. Tak perlu nak bicara tentang latarbelakang ilmu orang lain. Tetapi belajar dulu AKHLAQ di dalam berbicara.

Yang rajin benar membawakan perbahasan ulamak dengan kata ini batil, ini salah. Adakah sudah faham tentang feqh waqi'? Sedar atau tidak siapa yang membaca di dalam artikel, yang mendengar, melihat? Ada di antara mereka yang ingin belajar, mahu mengenal Islam, mahu melihat keindahan ukhuwah antara sesama Islam. Tetapi apa yang telah tunjukkan dengan perasaan emosi.

Di mana diletakkan akhlaq yang sudah ditunjukkan di dalam AL QURAN DAN HADITH SAHIH? Atau letakkan di hujung-hujung kaki sahaja kerana kononnya ilmu lebih utama? Apa dahulu tidak diajar Rasulullah bagaimana berakhlaq sesama saudara seIslam?


Memahami Perbezaan Dari Petunjuk Sirah
Apakah tidak belajar sirah bagaimana Rasulullah menanggapi khilaf antara sahabat? Tunjukkan bukti bahawa Rasulullah berwenang mengatakan sesat kepada para sahabat yang berselisih faham dalam ijtihad terutamanya ketika ada sahabat yang solat Asar sebelum bertolak dan ada yang solat asar selepas bertolak ketika hendak menghadapi kaum Yahudi yang melanggar perjanjian Piagam Madinah.

Sedangkan dalil-dalil sudah diberi, dan sibuk pula mempertikaikan ulamak lain. Tidak belajarkah ijtihad yang benar akan diberi 2 pahala, dan ijtihad yang yang silap diberikan 1 pahala. Lihat bagaimana ketika ada 2 pendapat antara Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar mengenai tebusan Badar. Kita nak perlekehkan yang mana satu? Banyak lagi perselisihan ijtihad dan amalan baru yang tiada di zaman Rasulullah tetapi ada di zaman sahabat, tabi'ien dan tabi'ut tabi'en. Sedangkan mereka semua mengikut al Quran dan Sunnah jua!! Ada sesiapa nak pertikaikan?

Allahu Allah.

Bila mereka yang hebat-hebat ini mengatakan ulamak itu tersalah, tak betul, kemudian pada masa yang lain pula telah menggunakan kalam mereka kerana ada pendapatnya yang sama dengan pendapat sendiri. Maka adakah ini bermakna kita sedang MENGGUNAKAN HAWA NAFSU UNTUNG MENANG?

Maka pendapat saya - dari belajar feqah dan hadith yang tinggi dan mendalam tetapi akhlaq tiada. Baiklah belajar akhlaq dahulu.

Syaitan sudah ketawa lagi. Orang yang memusuhi Islam bergelak ketawa lagi. Sila rujuk link ini agar sama-sama kita dapat belajar akhlaq - bagaimana beradab dengan khilaf ulamak.

http://mufti.penang.gov.my/khilaf.pdf
---

NA_SR said...

rasulullah ada hubungan dgn kita lebih awal lagi... sebelum kita semua diturunkan ke dunia..
sebab kita semua diciptakan dari cahaya baginda SAW (hadis Jabir meriwayatkan bahawa makhluk yg mula2 dicipta ialah Nur Nabi kita Muhammad SAW daripada Nur ALLAh.. namun ada jugak yg mengatakan hadis ni x sahih, ini masalah khilaf)
jelas sekali yg apa dikatakan oleh tok guru ada kesilapan...
wallahu a'lam

K-Keng said...

kalaulah ditemukan tn guru dan sheikh ini, barangkali keduanya pun akan sepakat dan lebih memahami...

kalaulah maulid nabi tu bidaah...
hari merdeka 90 kali bidaah..
hari buruh pun camne la agaknya...

kan buang masa je memiikan hal2 khilaf ni... adoi... pening kepala aku...

k207_ford said...

Tidak semestinya ape yg tidak dilakukan oleh Rasulullah tidak blh dilakukan oleh umatnya. Ia terdapat dua jenis iaitu bidaah hasanah dan bidaah dholalah, sume ini harus difahami oleh sume org islam. Saya bkn nk menyangkal sape2 tp bercakap atas dasar ilmu yg sy pelajari.

Terdapat sebuah hadis nabi yg menyuruh kita meneruskan amalan br yg baik. Kalau nak diikutkan bidaah sgt, pki baju T-shirt pun xleh sbb Nabi x pki. Cuba pikirkan n renung2 kan melalui mata hati, bkn atas dasar selain ilmu. (harap sume faham)

abu amin said...

assalamualaikum...

Ana pernah belajar di pondok di kllate, dan apa yg ana dipahamkan oleh guru2 tua di sana dan orang2 lama di pondok tersebut ialah, nik aziz tu cuma ustaz biasa je, yng balik dari mesir yang celup jap kat deoband ,india . kemudian bagi nak memperlihatkan kehebatan pas memerintah di kelantan maka dilabelkanlah beliau sebagai tok guru. kadang2 sakit hati dgn orang pas yang datang ziarah pondok ana ngaji kat klate, bila di tanya"dah ziarah tok guru?"mesti diorang paham kata nik aziz. padahal buatpe nak tanya pasal dia? bila masa dia jadi tok guru ana? tuk guru tempat ana belajar dulu pernah berkata "nik aziz tu belajar skolah kaum muda" kalau kita perhati molek tentang riwayat dan manaqib ulama yng sebenar, kita akan dapati tidak ada ulama yang mahu jadi pemerintah, nilah akhir zaman, islam sudah jadi agama slogan. membangun bersama islam lah , kepimpinan ulama lah, padahal hubungan dengan nabi pun ada masalah. nik aziz pernah berkata"kelahiran nabi muhammad serupa je dengan muhammad2 yng lain" muhammad yng lain tu sapa? muhammad yng rempit?,bohjan?,kaki botol? pada kalamnya itu perlu dibawa ke muka pengadilan.mengikut kitab assyifa' qadhi iyadh, orang yng membangsakan kekurangan kepada nabi walaupun dgn ketiada'an qosad , sprt dikata orang pada seorang yng lain"nko ni mengembala kambing apa standard? kemudian dijawabnya bukankah nabi muhammad itu mengembala kambing dahulu? maka disisi ulama maliki ,orang ini wajib dipenjara dan di takzir. begitu juga dengan orang yang diperlekeh kerana buta huruf, maka dijawabnya kutukan itu dgn berkata"bukankah nabi muhammad itu ummi.?" maka hukumannya seperti yng tersebut. renung2kan dan fikir2kanlah tentang ayat 57 surah ahzab, yang mafhumnya "orang2 yang menyakiti allah dan rasulnya , nescaya melaknati mereka itu oleh allah didunia dan di akhirat." agak2 nabi suka tak kalau kita pertikai orang yang menzohirkan kegmbira'an dgn hari kelahiran baginda..? walhasil kata ulama "barangsiapa yang mencela rasulullah dengan sengaja ataupun tidak, maka ianya menjadi dalil bagi adanya kerosakan dalam aqidah orang yang berkata itu."